Saturday 28 May 2011

kenapa mesti melenting???

Assalamualaikum.... Hmmm.... macam mana aku nak mulakanpun aku tak tau... tapi macam tajuk kat atas tu lah... kenapa kita nih mudah sangat nak melenting... bukan sahaja setakat itu... macam-macamlah... paling teruk kita mudah sangat nak menghukum... kenapa aku intro macam ni..
Ada cerita sebenarnya...

Persoalannya begini...

1. Kenapa kita mudah menghina, mencerca, herdik atau apa-apapun yang seangkatan dengannya bila sahaja kita berhadapan dengan sesuatu yang bertentangan dengan diri kita? Misalnya beginilah... seorang yang datang kepada kita mengaku telah berzina... berapa ramai yang sudi duduk dan mendengar terlebih dahulu kisah dia? aku yakin lebih ramai yang akan memandang serong dari memandang kasihan... belum lagi masuk bab penagih, delinkuen, lesbian, gay dan sebagainya.... erm.... relax dlu. nanti aku cerita lagi... berserta bukti... insyallah